Kerajaan fokus tingkat ekonomi negara tahun ini - Fahmi

Kerajaan fokus tingkat ekonomi negara tahun ini

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aspek untuk meningkatkan ekonomi diberi tumpuan utama oleh kerajaan tahun ini.

Demikian perutusan dan amanat Perdana Menteri kepada barisan Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri pertama bagi tahun ini pada hari ini.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, keutamaan kerajaan adalah memastikan pelabur tempatan dan luar negara untuk melabur di Malaysia sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, Perdana Menteri juga mahu Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) memainkan peranan lebih penting bagi merancakkan aspek pelaburan negara.

“Perdana Menteri memberi beberapa pandangan bahawa fungsi GLIC diperhebatkan. Ini kerana banyak GLIC mempunyai pelaburan di luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, antara perkara yang ditegaskan Perdana Menteri adalah memudah cara dan mempercepat proses kelulusan pelaburan ke negara ini.

Jelasnya lagi, ketika ini, jumlah pelaburan yang berhasrat untuk melabur ke Malaysia adalah sangat besar sehingga mencecah ratusan bilion ringgit.

Pada mesyuarat sama, Fahmi berkata, beberapa kejayaan turut dikongsikan sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Madani.

“Kejayaan itu didorong oleh keadaan politik yang stabil pada tahun lalu sekali gus membolehkan kerajaan merangka Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan pengumuman lain termasuk inisatif digitalisasi kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri juga bersetuju untuk mengadakan jelajah Madani di negeri-negeri susulan kejayaan pelaksanaan Program Setahun Kerajaan Madani di Bukit Jalil pada Disember lalu.

“Tarikh pertama akan ditentukan dalam masa terdekat dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi dimna negeri pertama akan menjadi hos ialah Selangor.

“Kita akan umumkan mungkin minggu depan mengenai tarikh dan lokasi bagi program terbabit, ini diikuti dengan Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya