Keputusan ICJ tidak tamatkan perang Israel-Gaza

Keputusan ICJ tidak tamatkan perang Israel-Gaza – Mapim

Tanah rizab melayu
MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melihat keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel semalam tidak akan menghentikan  serangan ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sebaliknya keputusan itu hanya mengarahkan Israel supaya mengambil langkah untuk mengelak genosid.

Katanya, setelah meneliti keputusan ICJ itu, Mapim mendapati ia tidak menyebut mengenai gencatan senjata.

“Padahal  terbukti keganasan Israel jelas bersalah atas jenayah genosid yang mengorbankan ribuan rakyat awam di Gaza,” katanya dalam hari ini.

Kata beliau, arahan daripada ICJ tidak akan digeruni Perdana Menteri  Israel, Natanhayu malah pemimpin negara itu diyakini tidak menurut perintah mahkamah itu.

Sehubungan itu, katanya, keputusan itu telah menunjukkan reaksi kecewa dari penduduk Gaza malah Tebing Barat.

“Apa yang mereka (rakyat Palestin) mahukan supaya ICJ mampu untuk mengarahkan  gencatan senjata dan keganasan Israel dihentikan serta-merta.

“Kami berpendirian sementara ICJ telah membuat keputusan yang dianggap menyebelahi tuntutan Afrika Selatan namun tidak menangani isu pokok,” katanya. 

Tambah beliau, arahan ICJ agar Israel melapor kembali dalam tempoh satu bulan berhubung langkah yang perlu dipatuhi negara itu, dilihat tidak masuk akal.

“Padahal serangan terus dilancarkan sudah lebih dari 100 hari tanpa henti dan membunuh hampir 150 hingga 200 warga Gaza sehari. 

“Sementara itu, ada yang mati kerana tidak menerima rawatan, kebuluran dan penyakit yang mulai merebak,” kata beliau.

Justeru, katanya, Mapim mengusulkan  supaya Kerajaan Malaysia dapat  melakukan pencelahan dalam pembicaraan kes tuntutan Afrika Selatan tersebut.

‘Ia bagi memastikan keputusan ICJ dilihat  lebih adil dan mengukuhkan hujah gencatan senjata perlu dilakukan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya