Kementerian Komunikasi sedia beri kerjasama isu dana publisiti RM700 juta

Kementerian Komunikasi sedia beri kerjasama isu dana publisiti RM700 juta

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi bersedia menyalurkan maklumat dan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung
siasatan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti oleh kerajaan terdahulu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini, tiada pemakluman mengenai siasatan berkenaan oleh pihak SPRM.

“Sehingga kini tiada pemakluman bahawa kementeriannya terlibat untuk siasatan. Tapi bagi badan penyiasatan, kalau ada keperluan itu hak nereka menjalankan siasatan termasuk kementerian ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

SPRM semalam mengesahkan pihaknya kini sedang menyiasat proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022, yang menggunakan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dua Perdana Menteri sebelum ini.

Dilaporkan, agensi siasatan tersebut sudah ke Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai sebahagian proses siasatan.

Fahmi dalam masa yang sama enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan memberi peluang SPRM untuk melakukan siasatan secara bebas.

“Kita beri ruang kepada badan penyiasatan untuk badan penyiasatan lakukan kerja tidak boleh beri komen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya