Kejutan Akademi Qurra’ 2024 - Utusan Malaysia

Kejutan Akademi Qurra’ 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru episod satu, tapi dah ada drama! Cik Bunga dengar perjalanan Tilmiz Arif dalam Akademi Qurra’ 2024 terhenti apabila diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung di TV AlHijrah pada Sabtu lalu.

Perkara itu tentu saja mengundang kejutan memandangkan penyingkiran peserta asal Kota Bharu, Kelantan itu bukan disebabkan mendapat markah terendah berbanding 11 peserta lain.

Walaupun hanya menyatakan keputusan itu dibuat membabitkan hal peribadi, ramai pengikut setia program yang pernah meraih 4.4 juta penonton ketika musim pertama tahun lalu bersedih.

Hanya selepas program berakhir, Cik Bunga difahamkan, barulah pemangku Pengurus Kanan Program Akademi Qurra’ 2024, Zulkarnaen Mokhtar mendedahkan Tilmiz Arif menarik diri disebabkan isterinya sarat hamil selain beberapa hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Susulan itu, pihak produksi telah membawa masuk seorang peserta baharu iaitu Tilmizah Athiyyah bagi mengisi tempat kosong ditinggalkan Tilmiz Arif.

Cik Bunga yang ikuti musim pertama program terbitan TV AlHijrah sebenarnya pun nak tahu sebab Tilmiz Arif tarik diri, iyalah masa tengok bacaannya tempoh hari memang bagus.

Malah musim kali ini pun peserta bukan calang-calang kerana selain jurutera, difahamkan program kendalian Raqib Majid itu turut disertai dua doktor selain peserta termuda berusia 18 tahun, Tilmiz Luqman yang memang RM500 untuk Anugerah Alunan Terindah.

Apa pun kita sama-sama bagi sokongan kepada program yang menyemarakkan semangat cintakan al-Quran. Dengarnya bakal tercetus banyak kejutan lain dalam pertandingan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya