Kedah umum cuti peristiwa 25 Januari sempena Thaipusam - Utusan Malaysia

Kedah umum cuti peristiwa 25 Januari sempena Thaipusam

Muhammad Sanusi Md. Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 25 Januari ini bersempena dengan sambutan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada hari ini.

“Pemberian cuti peristiwa ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut agama Hindu di negeri ini meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada 2021, kerajaan negeri memutuskan tiada cuti peristiwa untuk perayaan itu sehingga menjadi bualan ramai ekoran cuti sama pernah diberikan oleh kerajaan sebelum itu, namun cuti sama kembali diberikan pada 2022 dan tahun lalu.

Muhammad Sanusi ketika itu menegaskan, keputusan dibuat bukan bertujuan untuk menafikan hak penganut Hindu sebaliknya rakyat sememangnya telah pun ‘dicutikan’ oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kerajaan negeri bersetuju untuk membentuk jawatankuasa khas The Greater Kedah 2035.

“Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Haim Hilman Abdullah bersama pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan negeri serta pakar-pakar dalam bidang tertentu.

“Tujuan kita adalah untuk menyatukan semua data dan aktiviti kerajaan negeri serta anak syarikat bagi menyediakan laporan secara tahunan atau suku tahun untuk mengemas kini pencapaian semasa Kedah dalam semua sektor di bawah pelan Greater Kedah 2035,” katanya.

Sementara itu, Kedah menyambut baik pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) dan sedia bekerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) bagi menjayakan pelaksanaan itu.

“Kalau PADU memerlukan kepada apa-apa maklumat berkaitan kita boleh bekalkan kerana kerajaan negeri tiada masalah sama sekali untuk perkara itu,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya