Kebanyakan warga asing di Jalan Silang ada dokumen

Kebanyakan warga asing di Jalan Silang ada dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebanyakan warga asing yang dilihat membanjiri kawasan di sekitar Jalan Silang dan Lebuh Pudu di sini dipercayai memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap dan hanya berkunjung ke situ untuk bertemu rakan senegara.

Demikian ulas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen,Jafri Embok Taha apabila ditanya berhubung situasi terkini di lokasi itu selepas serbuan besar-besaran dilakukan di situ pada 21 Disember lalu.

“Berdasarkan operasi dan pemeriksaan dijalankan di kawasan berkenaan, sebahagian besar mereka (warga asing) yang berada di Jalan Silang, mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap.

“Kebanyakan mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap antaranya Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan dokumen Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

“Mereka ada dokumen dan menjadikan kawasan itu sebagai tempat untuk mereka berkumpul serta bertemu dengan rakan senegara,” katanya pada sidang akhbar selepas Op Sapu di Brickfields, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar mendedahkan masih terdapat warga asing membanjiri Lembah Pudu dan Jalan Silang di sini selepas dua minggu operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia bersama beberapa agensi pada 21 Disember lalu.  

Dalam pada itu, Jafri berkata, tindakan susulan akan dijalankan bersama PDRM berhubung lokasi panas warga asing didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini.

“Kita juga sudah mengenal pasti kawasan hotspot (panas) berkenaan dan akan mengambil tindakan susulan.

“Tindakan akan dilakukan secara bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), PDRM dan agensi lain,” katanya.

Jumaat lalu, PDRM dilaporkan mengenal pasti lebih 10 penempatan warga asing di seluruh negara dan akan meneruskan operasi serbuan seperti yang dilakukan di ‘Mini Dhaka’ Jalan Silang, sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, operasi diteruskan dan tidak tertumpu di Lembah Klang sahaja, malah membabitkan negeri lain, antaranya Johor, Kedah dan Kelantan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya