Kebajikan penjawat awam tidak terjamin - Syed Saddiq

Kebajikan penjawat awam tidak terjamin – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebajikan penjawat awam di negara ini dilihat tidak dilindungi dengan baik apatah lagi dengan cadangan pemansuhan pencen yang akan dilaksanakan bagi kemasukan kakitangan baharu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, difahamkan dengan gaji yang rendah dan tidak dikenakan kenaikan gaji membuatkan penjawat awam terbeban.

Sebagai contoh, kata beliau, penjawat awam yang bergaji RM1,500 sebulan terpaksa mengharungi kos beban hidup tinggi pada masa kini, terutamanya kehidupan di Kuala Lumpur, ditambah dengan tanggungan tambahan.

“Sebagai contoh  pegawai polis yang terpaksa bekerja lebih masa dari pagi ke malam namun tidak boleh tuntut OT (elaun kerja lebih masa), cikgu praktikal yang tidak berbayar dan cikgu veteran yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu anak-anak muridnya.

“Malah ada daripada mereka yang tinggal di kuarters kerajaan yang daif, bekerja selama puluhan tahun namun dinafikan untuk memperoleh pencen,” katanya menerusi video TikTok beliau.

Tambahnya, jika dibandingkan dengan gaji yang diperoleh jururawat di Singapura misalnya, dilihat lebih tinggi daripada gaji doktor pakar di negara ini.

Sehubungan itu, kata beliau,  keadaan itu menyebabkan negara kehilangan ribuan tenaga pakar dari semasa ke semasa, yang kini mendapat pekerjaan bergaji lumayan  di luar negara. 

“Gaji penjawat awam sebelum ini sudah 10 tahun tidak dikaji semula, iaitu kali terakhir dikaji  pada tahun 2013.

“Ini jelas menunjukkan, penjawat awam turut terkesan kerana masih dibayar dengan sedikit,” katanya.

Justeru, beliau berkata, harus diingatkan penjawat awam merupakan barisan hadapan bagi negara.

Oleh itu, tegas beliau, kebajikan penjawat awam tidak boleh sama sekali dipermainkan untuk kepentingan politik dan pada musim pilihan raya.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan pencen penjawat akan mula dimansuhkan pada bulan Februari ini bagi kemasukan baharu.

Susulan itu, Syed Saddiq  berpendapat bahawa perkara itu dlihat tidak adil malah tidak membela kebajikan para penjawat awam.

Jelasnya, menteri sebelum ini menerima dua ke tiga pencen sama ada peringkat Persekutuan dan  negeri dan malah memperoleh  ratusan ribu elaun tahunan. 

Dalam pada itu, katanya terdapat ahli politik juga siapa dengan  ada jawatan dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

Oleh itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menghapuskan dahulu pencen  ahli politik dan menteri, lalu memfokuskan kebajikan penjawat awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya