KDNKA rampas pelbagai barangan bernilai RM979.89 juta

KDNKA rampas pelbagai barangan bernilai RM979.89 juta

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai barangan kontraban, haiwan dan hidupan liar dianggarkan bernilai RM979.89 juta dalam operasi bersepadu mengawal keselamatan sempadan negara bagi sepanjang tahun lalu. 

Dalam tempoh terbabit, seramai 5,646 individu turut ditahan dan 7,355 kes yang dilaporkan sejak Januari sehingga Disember lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, jumlah itu membabitkan kejayaan dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan nilai rampasan sebanyak RM384.23 juta, Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) membabitkan rampasan bernilai RM301.84 juta.

Katanya, Pasukan Polis Marin turut membuat rampasan berjumlah RM254.33 juta manakala Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) merekodkan rampasan berjumlah RM37.83 juta.

“Tahun lalu memberi lebih cabaran berbanding tahun sebelumnya namun banyak kejayaan dilakar melalui peranan setiap unit serta cawangan di jabatan itu.

“Justeru, JKDNKA akan meningkatkan dan memperkukuhkan lagi keselamatan negara sepanjang tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hazani, tiga fokus utama termasuk memperkukuh penguatkuasaan keselamatan di sempadan dan perolehan aset moden.

Jelasnya, antara lain adalah menjamin keselamatan khazanah negara dan keterjaminan sekuriti makanan dengan memperkasa jaringan kolaborasi pelbagai agensi.

“JKDNKA juga memfokuskan kepada keselamatan perbatasan dan pemantauan penguatkuasaan undang-undang darat serta maritim.

“Ia dengan mewujudkan ‘Forward Operation Base (FOB)’ selain kerjasama jabatan berkaitan,” katanya.

Tegasnya, PDRM melalui JKDNKA sentiasa komited dalam usaha mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam, selain bertumpu isu ketenteraman jabatan itu turut terbabit pengurusan bencana.

“Operasi bersepadu bersama-sama agensi penguatkuasaan yang lain akan diteruskan dari masa ke semasa. 

“Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis amatlah kepada pihak polis amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya serta ketenteraman awam sentiasa terjamin.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya