Kapal perang China, AS serentak jalani latihan di Laut China

Kapal perang China, AS serentak jalani latihan di Laut China Selatan

GAMBAR fail kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Carl Vinson (CVN 70) ketika berada di laut. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kapal perang China dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berada di Laut China Selatan untuk menjalankan latihan di perairan yang menjadi pertikaian melibatkan sekutu AS,  Filipina.

Komando Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) Beijing berkata, penempatan dua hari tentera laut dan udara mereka yang berakhir hari ini adalah sekadar menjalankan rutin rondaan di laut.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menyebut di mana sebenarnya rondaan itu berlaku atau memberikan butiran khusus mengenai matlamat latihan.

Latihan tentera China itu dilakukan ketika kumpulan kapal induk AS yang diketuai oleh USS Carl Vinson sedang menjalankan latihan selama dua hari dengan Tentera Laut Filipina.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan mengabaikan keputusan tribunal antarabangsa bahawa dakwaannya tidak mempunyai asas undang-undang.

Negara itu mengerahkan bot untuk meronda di laluan maritim yang sibuk dan membina pulau buatan untuk mengukuhkan tuntutannya.

China lazimnya menggunakan pengawal pantainya untuk menguatkuasakan tuntutannya di kawasan tersebut dan latihan ketenteraan bukan perkara luar biasa.

Rutin rondaan dan latihan ketenteraan terakhir dilakukan pada akhir November lalu.

Bagaimanapun, latihan minggu ini dikatakan dilakukan setelah sebulan ketegangan antara China dan Filipina di terumbu yang dipertikaikan.

Seorang pakar memberitahu AFP bahawa China berusaha untuk menjadikan Laut China Selatan sebagai laluan air yang dikawal sepenuhnya. 

Penolong profesor dan pakar ketenteraan di Universiti Teknologi Nanyang Singapura,  Michael Raska pula berkata, Laut China Selatan menjadi zon pertahanan utama bagi China.

“China juga menggunakan kawasan itu untuk menguji peninjauan dan pengawasan mereka, katanya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya