Kapal dagang ditahan bersauh secara haram

Kapal dagang ditahan bersauh secara haram

KAPAL dagang dari Majuro yang ditahan oleh Maritim Batu Pahat kerana bersauh secara haram di barat daya Tanjung Tohor perairan Batu Pahat, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sebuah kapal dagang yang didaftarkan dari Majuro ditahan kerana didapati bersauh secara haram di perairan Batu Pahat, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd. Haniff Mohd. Yunus berkata, kapal dagang berkenaan ditemukan bersauh kira-kira pukul 9.30 malam pada kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Tanjung Tohor.

Katanya, penahanan dilakukan setelah nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika pemeriksaan dijalankan.

“Kapal ini dikendalikan oleh 19 orang kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga Ukraine dan Filipina yang berumur diantara 27 hingga 53 tahun.

“Bagaimanapun, kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Haniff, Kapal dagang itu membawa muatan beras import sebanyak 1,500 tan metrik yang dalam perjalanan dari negara China menuju ke Turkiye.

Ujarnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya