Kampung Tengah, Puchong dinaiki air

Kampung Tengah, Puchong dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat di sekitar kawasan Kampung Tengah, Puchong dekat sini sejak petang tadi menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.19 petang berkaitan banjir di Jalan Tempinis di lokasi kejadian. 

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian dan hasil pemantauan mendapati berlaku limpahan air pada paras satu meter di hadapan Pusat Perlindungan Penyakit HIV dan Tibi.

“Pemeriksaan mendapati bahagian dalam bangunan turut dinaiki  paras 0.5 meter dan terdapat lapan mangsa dipindahkan oleh staf pusat tersebut ke tingkat atas bangunan berkenaan. 

“Tiada pemindahan ke pusat penempatan sementara dan pihak kita telah menasihatkan penduduk sekitar untuk berpindah ke tempat selamat sekiranya paras air semakin naik,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, pasukan bomba juga telah menggerakkan bot penyelamat ke lokasi bagi persediaan jika memerlukan pemindahan mangsa di lokasi. 

Bagaimanapun, jelasnya, hujan dilaporkan berhenti pada 6.30 petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya