Kalau dia boleh ambil lima, kita boleh ambil 10 tak kan nak marah - Sanusi

Kalau dia boleh ambil lima, kita boleh ambil 10 tak kan nak marah – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberi bayangan usaha mengambil alih kerajaan secara demokrasi tidak pernah dihentikan oleh pembangkang.

Beliau mendakwa, selagi mana usaha itu tidak membelakangkan Perlembagaan, proses tersebut tidak ada halangan untuk dilakukan tambahan pula dengan kelompongan yang ada pada Akta Anti Lompat Parti.

Malah Menteri Besar Kedah itu turut mengesahkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui tahu tentang rancangan yang dipanggil sebagai ‘Langkah Dubai’ itu.

“Saya rasa proses yang dibenarkan oleh undang-undang boleh dijalani (kecuali) yang tidak berperlembagaan itu tak boleh lah. Tapi yang selari dengan Perlembagaan untuk menyatakan sokongan kepada siapa boleh.

“Lima orang (Ahli Parlimen PN) depa sokong (kerajaan) itu tak ada masalah, tak ada siapa complaint. Digambarkan sebagai tindakan yang berperlembagaan berdasarkan demokrasi (maka) tindakan sebaliknya pun biasa saja.

“Kalau dia boleh ambil lima, kita boleh ambil 10 tak kan nak marah. Kalau sokong dia tak apa, kalau tak sokong dia tak kan tak boleh. Tentulah boleh juga, itu proses biasa dibenarkan Perlembagaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau yakin kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh bertahan sehingga habis penggal dan mengetahui bila peralihan kuasa akan berlaku.

“Saya tahu (tarikh) tapi tak boleh beritahu (bila) menerusi peralihan sokongan yang akan berlaku. Secara demokrasinya tidak mustahil akan berlaku dan saya nampak ianya akan terjadi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada gerakan itu boleh berlaku pada tahun ini, Muhammad Sanusi tidak menafikan perkara itu malah akan lebih gembira jika peralihan kuasa tersebut menjadi kenyataan pada bulan ini atau minggu ini.

Beliau berkata, ‘Langkah Dubai’ atau apa sahaja panggilan yang diberikan bukanlah permulaan ke arah gerakan itu kerana hal-hal berkaitan telah dibincangkan lebih awal.

“Ada orang kata bukan Langkah Dubai, Langkah Chow Kit saja. Pasal benda itu dibincang di Kuala Lumpur saja pun. Tak payah pergi Dubai. Saya rasa Dubai itu dummy saja. Dulu depa namakan Langkah Sheraton, (sebenarnya) bukan kerana Sheraton itu makan-makan saja. Benda itu berlaku sebelum itu lagi,” katanya.

Mengulas keyakinan PN terhadap peralihan yang didakwa akan berlaku itu, Muhammad Sanusi berkata, rakyat Malaysia tidak lagi mampu bertahan dengan tekanan yang dihadapi mereka ketika ini.

“Tak ada siapa yang bantah (untuk tukar kerajaan) yang gusar ini seorang dua nak hilang kuasa saja. Tapi rakyat menyambutnya dengan baik, mereka dah saksikan episod 22 bulan yang berulang setiap hari.

“Campur tangan kepada agama, perkara-perkara yang tidak patut, tekanan kepada pihak lain yang tidak sealiran berlaku dengan ganas dan lebih dahsyat daripada 22 bulan dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya