Just Married? Fathia Latiff undang spekulasi lagi

Just Married? Fathia Latiff undang spekulasi lagi

Fathia Latiff
Foto Fathia Latiff dipercayai bersama lelaki Jepun dengan keterangan 'just married'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kesian, muka lawa tapi jadi begini.” Itu antara komen seorang pengguna Instagram di hantaran baharu pelakon, Fathia Latiff.

Ia menunjukkan dia berpelukan dengan seorang lelaki dipercayai warganegara Jepun.

Dalam hantaran itu juga, Fathia mengundang spekulasi dengan meletakkan kapsyen Just Married tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Gambar yang dimuat naik juga turut menerima kecaman apabila ada yang mendakwa lelaki tersebut tidak sekacak seperti yang pernah didedahkan Fathia minggu lalu.

“Ini ke gerangan lelaki yang dikatakan lebih kacak daripada bekas teman lelakinya? Biar betul,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Ala kalau kat Jepun, kita boleh sahaja sewa teman lelaki untuk sehari. Jangan percaya,” kata seorang lagi pengguna akaun tersebut.

Sehingga kini, pelakon yang popular dengan drama Ariana Rose itu masih belum memberi sebarang kenyataan dan difahamkan berada di Jepun untuk bercuti.

Dia sebelum ini memancing perhatian dan kecaman netizen selepas mencetuskan beberapa kontroversi serta pendedahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN