KANGAR: Bau busuk dari arah belakang sebuah rumah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam dalam kejadian di Taman Mutiara, di sini, Sabtu lalu. Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemukan selepas seorang guru lelaki berusia 44 tahun bertindak mencangkul kawasan belakang rumahnya itu kira-kira pada pukul 10.30 pagi susulan terhidu bau busuk berkenaan. Ketika ditemukan, mayat bayi dalam keadaan berbungkus dengan kain putih dan berulat. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pengadu kemudian ke balai polis bagi membuat laporan berhubung penemuan itu untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya