JPJ bongkar kereta sapu sasar penuntut universiti 

JPJ bongkar kereta sapu sasar penuntut universiti 

ANTARA pemandu e-hailing diperiksa dalam Operasi Pengarah (Kenderaan Perkhidmatan Awam) di Setapak Sentral, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Menawarkan tambang murah serendah RM5 bagi lima kilometer melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp kepada penumpang yang mahu menggunakan khidmat kereta sapu.

Itu taktik pemandu terutama warga asing yang menyasarkan universiti awam dan kolej swasta serta kawasan tumpuan bagi mencari pelanggan. 

Difahamkan, selain warga asing, terdapat pemandu dalam kalangan penuntut tempatan yang menjalankan kegiatan haram itu demi mencari wang sampingan.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur melalui Operasi Pengarah (Kenderaan Perkhidmatan Awam) di sekitar Wangsa Maju dan Setapak di sini bermula pukul 9 pagi ini.

Wartawan Utusan Malaysia yang turut serta dalam operasi itu mendapati kesemua pelanggan tersebut dari sebuah universiti awam di Selangor. 

Dalam operasi di hadapan sebuah pusat beli-belah di Setapak di sini pegawai JPJ yang melakukan penyamaran berjaya menahan lima kenderaan termasuk tiga dipandu warga asing yang menjalankan khidmat kereta sapu.

Seorang penuntut wanita berusia 25 tahun yang menggunakan khidmat kereta sapu dipandu warga Bangladesh berkata, dia menggunakan kereta sapu yang ditempah melalui satu kumpulan di Telegram kerana tambang ditawarkan lebih murah dan cepat berbanding pengangkutan awam lain.

“Saya menghantar mesej di kumpulan itu untuk buat tempahan dengan beritahu lokasi ingin dituju. Pemandu pula beritahu maklumat kenderaan dan tambang yang perlu dibayar.

“Tambang dikenakan bergantung pada jarak dan selalunya lebih cepat sampai. Macam saya dapat hari ini dari Gombak ke Setapak hanya RM15 berbanding pemandu lain yang mengenakan caj RM18,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi di Setapak hari ini. 

Seorang pemandu yang juga penuntut universiti awam ketika ditahan memberi alasan menghantar rakan.

Bagaimanapun, dia yang memandu Honda City dikesan menawarkan khidmat berkenaan di aplikasi Telegram.

Sementara itu, kesemua pemandu dan kenderaan yang ditahan dibawa ke Pejabat JPJ Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Kenderaan yang digunakan sebagai kereta sapu boleh disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dilucutkan hak mengikut Seksyen 80 (3) Akta Pengangkutan Darat.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya