Jiman Casablanca meninggal dunia - Utusan Malaysia

Jiman Casablanca meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ikon fesyen dan penasihat perhubungan awam, Jiman Casablanca meninggal dunia malam semalam akibat kegagalan jantung.

Khabar duka itu dikongsikan sahabat arwah yang juga pelakon, Nabila Huda menerusi Instagramnya.

“Dukacita dimaklumkan kita kehilangan seorang sahabat, abang dan kesayangan Mohd Nizam Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas.

“Didoakan agar Allah mengasihani dan mengampunkan arwah dan menempatkannya di tempat terbaik di syurga.

“Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ahli keluarga yang kehilangan Jiman,” kongsinya.

Jiman juga merupakan penulis dan pengarah kreatif serta pegawai komunikasi jenama pakaian Tarik Jeans.

Selain Nabila, arwah juga pernah menjadi penasihat fesyen kepada Datuk Amy Search.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 5, Jalan Ipoh.

Nabila dalam masa yang sama turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama hadir ke pengebumian arwah yang dijangka diadakan pada 10 pagi ini.

“Kehadiran dan sokongan anda adalah amat dihargai,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya