‘Jangan gunakan MITRA sebagai alat politik’

‘Jangan gunakan MITRA sebagai alat politik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) perlu diiktiraf sebagai sebuah agensi tanpa diletakkan di bawah mana-mana kementerian.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, pada masa sama, beliau menegaskan agar MITRA tidak digunakan sebagai alat politik, sebaliknya terus berperanan memberikan bantuan kepada masyarakat khususnya kaum India. 

Katanya, kedudukan MITRA sebelum ini sering berpindah iaitu bermula di Kementerian Perpaduan Negara dan kemudiannya dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Saya fikir ke mana pun Mitra berada, apa yang penting berapa banyak dana diperuntukkan kepada MITRA untuk membantu golongan memerlukan.

“Walau bagaimanapun, untuk hasil yang lebih baik terhasil apabila kedudukan MITRA diletakkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi ke SME Bank di sini hari ini. 

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa MITRA akan diletak semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara, dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

MITRA diberi nama baharu yang pada asalnya merupakan Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) pada 2018. 

Pada mulanya MITRA berada di bawah Kementerian Perpaduan Negara tetapi dipindahkan ke pengawasan JPM pada September 2022.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan akan terus memantau unit khas yang bertanggungjawab menangani isu pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India itu di negara ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya