Jabatan Perikanan larang pengambilan benih kerang

Jabatan Perikanan larang pengambilan benih kerang secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Jabatan Perikanan akan terus membanteras sebarang aktiviti pengambilan benih kerang secara haram dengan pelaksanaan penguat kuasaan secara berterusan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya melarang sebarang aktiviti pengambilan benih kerang termasuk nelayan dan penternak tidak berlesen.

Katanya, ini termasuk menggunakan sebarang kaedah seperti penggunaan bot berenjin rotor (longtail boat) atau menggunakan tangguk tangan menaiki sampan kayu (tongkah).

“Menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang mengambil benih kerang atau kerang dewasa tanpa suatu lesen yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.

“Jabatan Perikanan memberi amaran keras terhadap individu yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti mengambil anak atau benih kerang secara haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan data perangkaan jabatn berkenaan, pendaratan kerang pada tahun 2022 adalah sebanyak 479.47 tan metrik dengan nilai RM 4,472,873.45 manakala bagi tahun 2023 merekodkan sebanyak 856.37 tan metrik dengan nilai RM6,811,769.16.

Dalam pada itu, Adnan berkata, pihaknya mengambil serius berkenaan keluhan dan aduan pengusaha lot kerang berdaftar berikutan peningkatan terhadap aktiviti pengambilan benih kerang di kawasan-kawasan tapak benih semula jadi kerang dan tapak kerang kultur.

Katanya, mengambil anak atau benih kerang boleh disabitkan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002, Seksyen 3 (1) dan Sekyen 4 (1).

“Jabatan sentiasa menjalankan pemantauan serta rondaan di laut juga darat bagi mengekang kes kecurian benih kerang.

“Tindakan penguatkuasaan membanteras aktiviti ini akan diadakan secara berterusan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya