Isu penjualan tanah PDC: Kon Yeow saman Kok Ping - Utusan Malaysia

Isu penjualan tanah PDC: Kon Yeow saman Kok Ping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memfailkan saman fitnah terhadap Penasihat Eksekutif Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping berhubung isu penjualan tanah semalam.

Menurut Kon Yeow, mahkamah telah menetapkan 24 Januari ini bagi pengurusan kes itu dan writ saman tersebut juga akan diserahkan kepada Kok Ping.

Jelasnya, tindakan saman itu dikemukakan selepas tidak ada usaha daripada Kok Ping untuk memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang didakwa fitnah yang dibuat dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

“Kok Ping sengaja membuat kenyataan fitnah dalam bahasa Mandarin semasa sidang akhbar untuk menyerang karekter, kredibiliti, kecekapan dan kemampuan saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan sebagai Pengerusi PDC.

“Kenyataan fitnah itu juga dicetak dan disiarkan oleh beberapa akhbar Cina utama,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya di sini hari ini.

Terdahulu, pada 18 Oktober lalu, Kok Ping bersama barisan ahli PCCC mengadakan sidang akhbar berhubung isu penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH Construction Sdn. Bhd. (UMECH).

Sidang akhbar itu bagi menuntut Kon Yeow menjelaskan bagaimana proses penjualan tanah tersebut berlaku serta pihak bertanggungjawab di PDC yang memberikan kelulusan dan memberi kuasa untuk menandatangani proses tersebut.

Malah, Kok Ping seperti dilaporkan beberapa media turut dipetik berkata ‘Kon Yeow tidak cekap, jahil dan tidak tahu malu’ kerana mengelak soalan mengenai perjanjian itu.

Susulan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang yang bersidang keesokan harinya memutuskan secara sebulat suara supaya Kon Yeow mengambil tindakan undang-undang terhadap Kok Ping.

Ia atas pendirian kenyataan Kok Ping tersebut yang didakwa mengaibkan dan menjatuhkan maruah Ketua Menteri berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya