BEIRUT: Hezbollah menganggap Israel tidak layak dan tidak mempunyai kedudukan untuk campur tangan berhubung kehadiran tentera Hamas di kawasan sempadan Lubnan ketika perang berlangsung di Gaza.
Timbalan Ketua Hezbollah, Naim Qassem berkata, sempadan Israel-Lubnan digemparkan dengan kejadian tembakan dan serangan yang semakin meningkat terutamanya di antara tentera Israel dan Hezbollah yang disokong Iran, sejak perang Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober lalu.
Katanya, hal ini menimbulkan kebimbangan konflik yang lebih meluas.
Menurut Naim, tentera Hamas memindahkan beribu-ribu orang awam dari kawasan sempadan dan Israel pula mendesak agar Hezbollah berundur ke utara Sungai Litani, kira-kira 30 kilometer di utara sempadan negara itu.
Naim berkata, Israel mengemukakan cadangan dan cuba untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai pilihan untuk membantu mengembalikan penduduk Israel yang dipindahkan dan menolak Hezbollah dari kawasan sempadan.
“Israel tidak berada dalam kedudukan untuk membuat pilihannya,” kata Naim dalam ucapannya yang memberi amaran bahawa Israel mesti menghentikan perang Gaza agar perang di Lubnan juga dihentikan.
Tambah Naim, pengeboman berterusan terhadap orang awam di Lubnan bermakna tindak balas akan lebih kuat dan berkadar dengan pencerobohan Israel tersebut.
Sejak permusuhan rentas sempadan bermula di antara Israel-Lubnan, lebih 160 orang terbunuh di pihak Lubnan, kebanyakannya pejuang Hezbollah termasuk lebih 20 orang awam, tiga daripadanya wartawan, menurut pengiraan AFP.
Di pihak Israel, sekurang-kurangnya lima orang awam dan sembilan askar terbunuh, menurut tentera.
Hezbollah menyokong sekutunya Hamas melakukan serangan berulang ke atas tentera dan kedudukan Israel, termasuk pada hari Ahad manakala Israel terus menyerang selatan Lubnan.
Tentera Israel berkata, jet pejuang mereka menyerang infrastruktur pengganas dan struktur tentera Hezbollah di kawasan Ramyeh di selatan Lubnan.
Mereka menuduh kumpulan tentera Lubnan beroperasi di belakang penduduk awam di Ramyeh dan menggunakannya sebagai pusat aktiviti.
Hezbollah bagaimanapun tidak mempunyai tentera di sempadan selatan Lubnan sejak berakhirnya perang 2006 dengan Israel, tetapi mengekalkan pengaruh besar di selatan negara itu, di mana ia membina tempat persembunyian dan terowong.
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701, yang menamatkan konflik 2006, menyeru semua anggota bersenjata berundur ke utara Sungai Litani, kecuali pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pasukan keselamatan negara Lubnan.
Kenyataan tentera Israel mengatakan bahawa serangan Hizbullah melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.
Bulan ini, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati berkata, negaranya bersedia untuk melaksanakan resolusi antarabangsa jika Israel turut mematuhi dan berundur dari wilayah yang dipertikaikan.-AFP