Ismail Sualman mohon maaf, akui kesilapan

Ismail Sualman mohon maaf, akui kesilapan

ISMAIL SUALMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Ismail Sualman memohon maaf terhadap kesilapan fakta di dalam artikelnya yang bertajuk ‘Kursi A. Samad Ismail lonjak bidang kewartawanan’ yang disiarkan dalam rencana Utusan Malaysia.

Ismail berkata, kesilapan tersebut adalah dipertanggungjawabkan kepada dirinya sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Kata beliau, dirinya berjanji untuk lebih teliti di dalam penulisannya supaya perkara sama tidak akan berulang selepas ini.

“Fakta yang betul adalah penulis sebenar novel Salina adalah tulisan A Samad Said. Dengan ini saya menarik balik fakta berkenaan sebelum ini.

“Saya juga berjanji akan lebih teliti dalam penulisan selepas ini, segala kesulitan amat dikesali,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook Story.

Di dalam akhbar yang disiarkan pada 17 Januari lalu, Ismail terkhilaf apabila mengatakan tokoh wartawan negara, A Samad Ismail menulis novel Salina yang sebenarnya karya tersebut merupakan hasil tulisan Sasterawan Negara, A Samad Said. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya