PETALING JAYA: “Nikah? Semoga dia berbahagia dengan pilihan hidupnya.”
Demikian jawapan ibu kepada penyanyi, Ismail Izzani, Datin Suliza Salam ketika ditanya kesahihah dakwaan anaknya sudah mendirikan rumah tangga semalam.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Suliza bagaimanapun tidak mengiya atau menafikan dakwaan tersebut sebaliknya hanya mendoakan agar urusan anaknya dipermudahkan.
“Apa pun, saya doakan dia sahaja. Nak cakap lebih-lebih, tak apalah. Pilihan hidup dia,” katanya.
Terdahulu, Ismail memuat naik video menampakkan dia dalam persalinan nikah serba putih seolah-olah menunggu detik untuk bernikah.
Biarpun berteka teki, namun ada segelintir pengikut Instagram membuat andaian itu hanyalah satu gimik pelancaran produk baharu.
Usaha mendapatkan penyanyi Luar Biasa itu gagal.-UTUSAN