IPOH: Islam tidak boleh dibiarkan kelihatan seperti warna yang suram serta nama yang lompong tanpa pengisian yang bermakna. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, Islam akan lebih dihormati dan akan terus dimuliakan jika majoriti penganut Islam terdiri daripada ummah yang memperlihatkan prestasi pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Titah baginda, untuk itu, ummah bertanggungjawab mewarnakan Islam yang bergemerlapan dan mengisi Islam dengan kandungan yang meyakinkan. “Islam tidak wujud dalam vakum, tetapi wujud melalui dukungan para penganut yang menerima atau memilih Islam sebagai agama. “Jurang besar yang dihadapi oleh masyarakat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya