TOKYO: Lima daripada enam anak kapal pesawat pengawal pantai terbunuh dalam insiden dua pesawat bertembung di Lapangan Terbang Haneda, dekat Tokyo hari ini.
Seorang pengawal pantai berkata, pelanggaran itu melibatkan salah satu pesawat mereka yang menuju ke lapangan terbang Niigata di pantai barat Jepun.
Katanya, pesawat mereka dalam misi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terperangkap dalam gempa bumi kuat yang melanda pada tahun baharu 2024, mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang.
Bagi pesawat Japan Airlines, kesemua 379 penumpang dan anak kapal berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran akibat pertembungan berkenaan.
“Saya berasa seperti ledakan, seperti kami melanggar sesuatu dan tersentak ke atas sebaik kami mendarat,” seorang penumpang dalam penerbangan Japan Airlines memberitahu agensi berita Kyodo.
“Saya melihat percikan api di luar tingkap dan kabin dipenuhi gas dan asap,” katanya. -Reuters