Inisiatif pendigitalan JPJ mudahkan urusan pelanggan - Utusan Malaysia

Inisiatif pendigitalan JPJ mudahkan urusan pelanggan

ZULKARNAIN Yasin (tujuh dari kanan) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Kawat di Pejabat JPJ Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Persepsi negatif terhadap inisiatif pendigitalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kononnya hanya untuk menyusahkan pengguna jalan raya perlu diubah kerana dakwaan itu tidak benar.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, sebaliknya inisiatif tersebut bertujuan membantu memudahkan pelanggan untuk melakukan semua urusan secara atas talian dengan lebih pantas.

Menurutnya, pengguna jalan raya tidak perlu bimbang sekiranya tidak membawa telefon bimbit ketika pemeriksaan kerana butiran terperinci boleh disemak melalui sistem digital JPJ seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan lain-lain dokumen berkaitan.

“Katakanlah ada pemeriksaan sekatan jalan JPJ dan pemandu gagal menunjukkan lesen melalui aplikasi mudah alih MyJPJ, pegawai kita boleh bantu semak melalui sistem sedia ada.

“Terbaharu, JPJ juga telah memperkenalkan perkongsian LKM yang dipanggil e-LKM dimana ia membolehkan anda mempamerkan lesen orang lain ketika memandu kenderaan milik individu terbabit.

“Dalam MyJPJ ada disediakan satu sistem perkongsian supaya boleh mempamerkan LKM milik orang lain di telefon bimbit misalnya jika memandu kenderaan milik suami atau isteri. Ini antara yang terkini JPJ perkenalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas menerima sesi kunjung hormat Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat), di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JPJ telah memperkenalkan sistem pembaharuan lesen memandu dengan secara pendigitalan.

“Pada 2025 kita akan laksanakan sepenuhnya sistem pendigitalan yang mana pengenalan kepada sistem ini telah bermula sejak 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya