Imam China tertarik masyarakat majmuk Malaysia hidup harmoni

Imam China tertarik masyarakat majmuk Malaysia hidup harmoni

ANTARA imam dan China ketika mengadakan lawatan di Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kepelbagaian masyarakat majmuk hidup aman dan harmoni di negara ini menjadi antara tarikan bagi 35 orang imam dibawa khas dari China.

Salah seorang daripada mereka, Ma Zhanbiao yang bertugas di wilayah Gansu berkata, beliau terpikat dengan cara unik rayat Malaysia meskipun memiliki kepelbagaian kaum berbeza.

“Kami tahu bahawa majoriti penduduk di Malaysia beragama Islam, namun komuniti bukan Muslim bebas dengan anutan mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengadakan lawatan di Kompleks Nasyrul Quran hari ini.

Beliau malahan bersedia membantu untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian utama terutama kepada lebih 30 juta umat Islam di negara itu.

Pandangan serupa turut dikongsi oleh Ma Guibao, dari wilayah Tianjin yang kebetulan dua anaknya menuntut dalam pelbagai bidang di beberapa universiti awam sekitar Lembah Klang.

“Saya suka makanan di Malaysia yang bukan sahaja halal bahkan ada campuran kaum berbeza selain banyak kemudahan solat, senang didapati tanpa masalah,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memuji kehebatan kilang percetakan al-Quran yang dilawati mereka pada hari terakhir lawatan itu sebagai banyak memberi pendedahan cukup unik.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA), Dr. Cindy Seow Chooi Ling yang ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan maklum balas dari program khas iaitu Discover Muslim Friendly yang diperkenalkan Islamic Tourism Centre (ITC). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN