PENGARANG Berita Utusan Malaysia, Mohd. Shariza Abdullah menerima Anugerah Pena Emas pada majlis Anugerah Kebangsaan Kecemerlangan Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPop) 2023 di Kuala Lumpur, kelmarin.
Pemilihan itu bagi mengiktiraf sumbangan petugas media yang memberi kerjasama dan membantu dalam meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan serta alam sekitar di tempat kerja.
Pada majlis yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kementerian Sumber Manusia, Bahruddin Mamat itu, Petronas Gas Bhd. Segamat Operation Centre menerima anugerah utama iaitu Anugerah Platinum Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MiSHA). – UTUSAN