Ibu Khai Bahar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Khai Bahar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi Khai Bahar, Rosnah Muhammad, 61, disahkan meninggal dunia malam tadi di Kangar, Perlis.

Khabar duka itu dikongsi pengurus penyanyi itu, Rizal, menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.

“Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” tulisnya.

Khai sebelum ini memaklumkan kesihatan ibunya merosot akibat penyakit buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru.

Sementara itu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 30, sempat memuat naik rakaman di media sosial yang menunjukkan dia sedang dalam perjalanan pulang menaiki bot.

Khai menerusi rakaman itu gagal menahan sebak selain meninggalkan kapsyen ‘mak’ pada video berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya