Hujan lebat dijangka landa Kelantan, Terengganu sehingga esok

Hujan lebat dijangka landa Kelantan, Terengganu hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan berstatus jingga (buruk) di beberapa kawasan di pantai timur yang dijangka melanda sehingga esok.

Berdasarkan hantaran terbaharu agensi kaji cuaca tersebut dalam laman sosial Facebooknya, hujan lebat berterusan dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di negeri jirannya iaitu Terengganu diramal menerima hujan berterusan di seluruh daerah sehingga esok.

Selain itu, amaran hujan berterusan berstatus kuning (waspada) dikeluarkan membabitkan daerah Gua Musang di Kelantan yang dijangka melanda sehingga esok.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Pahang membabitkan daerah Jerantut dan Pekan hari ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menurut MET Malaysia, amaran hujan berterusan berstatus merah (bahaya) akan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Amaran hujan berterusan jingga (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

“Sementara, amaran hujan berterusan kuning (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya