HMBLK 2.0 himpun 2,500 pemilik basikal lipat seluruh Malaysia 

HMBLK 2.0 himpun 2,500 pemilik basikal lipat seluruh Malaysia 

SEBAGIAN peserta HMBLK 2.0 sebelum acara pelepasan di Sunway Big Box, Iskandar Puteri, Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 2,500 pemilik basikal lipat memeriahkan Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan (HMBLK) 2023 baru-baru ini.

Pengurus Acara HMBLK 2.0.Nasir Deraman berkata, penganjuran kali kedua yang diadakan di Sunway Big Box, Iskandar Puteri, Johor itu diadakan bagi menggalakkan aktiviti sihat dan merapatkan hubungan sesama ahli kelab basikal dari seluruh negara.

“Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan adalah sebuah acara yang menghimpunkan semua pemilik basikal lipat dari seluruh negara selain dari negara jiran.

“Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan aktivit sihat dan memperkenalkan beberapa kawasan pelancongan yang terdapat di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Aktiviti ini mendapat kerjasama dan sokongan Tourism Malaysia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sunway Big Box.

Dalam pada itu, Nasir berkata, penganjuran program tersebut diadakan dengan kerjasama Kelab basikal The Lipatist (Johor) sebagai penganjur bersama HMBLK 2.0.

“Kerjasama seperti ini amat penting untuk memastikan segala perancangan dan pengurusan lebih teratur. Gabungan beberapa kelab lain juga turut terlibat sebagai pasukan bersama penganjuran kali ini antaranya Underground Foldies Kuala Lumpur (UFKL), Gang Satunam, LOCO Cyclist, Klang Foldies dan  Kami Budak Lipat (KBL).

“Kesemua kelab ini memainkan peranan masing-masing bagi memastikan acara ini terlaksana dan lancar dan berjaya. Dalam acara ini juga terdapat  hadiah cabutan bertuah untuk peserta berdaftar bernilai hampir RM50,000. Pada pandangan peribadi saya ini adalah acara paling besar bagi pemilik basikal lipat.

“Saya dan pasukan HMBLK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan acara ini dari seluruh pelosok tanah air dan juga tak lupa kepada peserta dari negara jiran yang sudi bersama kami,” jelasnya.

Dalam pada itu Nasir berkata, pihak penganjur merancang menganjurkan acara HMBLK 3.0 di negeri lain pula pada 2024.

“Kemungkinan acara ini akan diadakan di Pahang pada September atau Oktober ini,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya