Hilang iman, putus asa untuk hidup - Utusan Malaysia

Hilang iman, putus asa untuk hidup

NORANIZA IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontroversi pembatalan konsert dan penipuan yang menghimpit Noraniza Idris, 56, tahun lalu masih meninggalkan luka dan trauma kepada penyanyi tersebut.

Ratu Etnik Kreatif itu mengakui dirinya kekal terkesan namun cuba membina semula keyakinan selepas bertalu-talu menerima kecaman gara-gara insiden terbabit.

“Ada satu ketika, saya ibarat hilang iman sampai berputus asa dengan kehidupan. Dan sehingga sekarang saya masih was-was serta takut berhadapan media.

“Dengar perkataan konsert pun membuatkan saya sedih. Itulah dugaan yang masih saya lalui.

“Kalau fikir serius, memang saya terkilan (dikecam). Sebab itu saya tak mahu ambil serius kecaman orang. Benda-benda negatif ini membuatkan saya kemurungan,” katanya.

Noraniza berkata demikian pada sidang media konsert makan malam dan anugerah malam amal lagenda, semalam.

Penyanyi berpengalaman itu pada tahun lalu berdepan fasa sukar selepas ditipu penganjur Konsert Malai Solo yang sepatutnya berlangsung Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Noraniza memaklumkan dia kini memberi tumpuan untuk mengembangkan perniagaan mengusahakan produk muruku, Che Ani Premium bagi mengubat kekecewaannya terhadap dunia seni.

“Orang akan bercakap macam-macam tentang saya. Saya tak nak layan kontroversi dan lebih memilih untuk berdiam.

“Saya lebih tenang dengan memberi tumpuan kepada perniagaan. Menerusinya, saya dapat bantu orang lain untuk berniaga,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya