Henti beri kelulusan semua projek di Cameron Highlands

Henti beri kelulusan semua projek di Cameron Highlands

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat membawa keluar mayat mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, di Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan  kelulusan untuk semua jenis projek termasuk pembangunan pertanian dan pembinaan baharu di kawasan sensitif di Cameron Highlands susulan satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di sana, awal pagi tadi.

Presiden SAM, R.Meenakshi berkata, pihak berkuasa juga perlu menjalankan semakan menyeluruh terhadap kelulusan pembangunan yang diberikan sebelum ini di kawasan tanah tinggi tersebut.

“SAM amat kecewa apabila mengetahui mengenai kejadian tanah runtuh di Blue Valley di Cameron Highlands, awal pagi tadi yang menyebabkan empat orang tertimbus setakat ini.

 ”Walaupun punca tanah runtuh masih belum dapat ditentukan, SAM amat bimbang dengan projek di kawasan bukit di Cameron Highlands yang semakin banyak dilihat, dan ia amat membimbangkan terutama ketika hujan lebat,” katanya di sini hari ini.

Dua maut manakala tiga lagi dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi ini.

Menurut Meenakshi, pada Januari tahun lalu, Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengarahkan supaya kajian semula semua projek di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands dijalankan kerana baginda bimbang berlaku bencana berikutan hujan lebat.

”Baginda menyuarakan kebimbangannya tentang pembukaan tanah bukit secara meluas untuk pertanian dan projek-projek lain dan telah menggesa untuk mengkaji semula semua kelulusan.

“Namun nampaknya arahan daripada pihak berkuasa tertinggi negara ini juga tidak diendahkan.

“Langkah segera mesti diambi pihak berkuasa untuk memulihkan cerun berisiko dan tindakan pencegahan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan tanah runtuh dan kegagalan cerun berlaku pada masa depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya