JEMPOL: Helah seorang penyelia kilang yang membuat laporan polis kononnya disamun dua lelaki dan mengalami kerugian RM3,500 akhirnya terbongkar. Tindakan lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Bahau itu berjaya dihidu pihak polis setelah mendapati laporan yang dibuat di Balai Polis Batu Kikir di sini, malam semalam adalah palsu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan telah menggunakan wang milik syarikat berjumlah RM2,160 untuk membayar hutang rumah dan kereta yang tertunggak selama tiga bulan. “Suspek membuat laporan kononnya disamun oleh dua lelaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya