Hazani dilantik Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk Sempadan

Hazani dilantik Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk Sempadan Malaysia

SAIFUDDIN Nasution Ismail menyerahkan surat pelantikan Ketua Pengarah MCBA yang baharu kepada Hazani Ghazali (dua kiri) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) yang pertama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Hazani dipilih berdasarkan pengalaman luas selama 37 tahun dalam bidang keselamatan dan ketenteraman negara serta penguatkuasaan dan kawalan undang-undang.

Beliau berkata, Hazani juga pernah diamanahkan menggalas tanggungjawab sebagai Komander Eastern Command di Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Beliau juga dipilih atas kecemerlangan dan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada tahun 2020,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, Hazani juga akan bertanggungjawab memastikan MCBA mencapai visi, misi dan objektif menerusi pelaksanaan fungsi berdasarkan Akta Tubuh MCBA serta dasar kerajaan berkaitan.

Saifuddin berkata, bagi tujuan tersebut, Rang Undang-Undang MCBA dijangka dibentangkan dalam Sesi Parlimen pada bulan Mac depan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Januari lalu bersetuju menubuhkan MCBA dan pengoperasiannya pula akan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“MCBA adalah agensi kerajaan barisan hadapan di pintu-pintu masuk negara termasuk pelabuhan dan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan sempadan dan pemeriksaan secara bersepadu di pintu masuk darat, laut dan udara termasuk pelabuhan.

“Secara umumnya MCBA berperanan menguatkuasa undang-undang mengawal kebolehterimaan (keluar dan masuk orang, barangan, kenderaan dan kargo di pintu masuk negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya