Harum Setangkai Doa 'diperam' 10 tahun - Ito Lara - Utusan Malaysia

Harum Setangkai Doa ‘diperam’ 10 tahun – Ito Lara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penulis lirik, Ito Lara merangkumkan pengalaman kehilangan orang tersayang menerusi lagu Harum Setangkai Doa yang dipersembahkan kumpulan Inteam.

Katanya, disebabkan itu, ramai pendengar yang melalui pengalaman yang sama boleh menerima dan memahami mesej yang disampaikan di dalam lagu tersebut.

“Saya akan terkenang, setiap kali berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.

“Ramai pendengar merasakan kesedihan dalam lagu ini kerana ada dalam kalangan mereka yang pernah melalui pengalaman yang sama.

“Malah ada pendengar yang meluahkan rasa sebak dan berterima kasih kerana lagu ini mengingatkan mereka tentang kematian,” katanya yang ditemui selepas Anugerah Carta 114 di TV AlHijrah baru-baru ini.

Ito pada anugerah itu dipilih sebagai penerima anugerah khas bagi jasa dan sumbangannya kepada industri muzik Islamik khusunya nasyid.

Mengulas lanjut tentang Harum Setangkai Doa, Ito atau nama sebenarnya Mohd Radzi Sulaiman memaklumkan menariknya adalah lagu tersebut dicipta lebih sedekad lalu.

“Sepanjang tempoh itu saya dan komposer, Frizdan Fizarahman tidak pernah tetapkan siapa penyanyinya. Jadi ia ‘diperam’, menunggu masa untuk diterbitkan.

“Sehinggalah pemergian bekas ahli Inteam arwah Suhaimi Saad, baru-baru ini, kami minta Inteam nyanyikan sebagai dedikasi untuk arwah,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN