HARMONI? apa fungsinya masih belum nampak - pakar

HARMONI? apa fungsinya masih belum nampak – pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) masih lagi belum mampu dijadikan sebagai medium dalam mewujudkan keharmonian sekiranya masih mengekalkan pentadbiran yang sama.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, untuk memupuk keharmonian, sikap ingin mengenali tidak mengira agama perlu dibentuk sejak dibangku sekolah lagi.

“Untuk pupuk keharmonian, perlu mula seawal sekolah rendah lagi, wujudkan satu subjek seperti pengetahuan antara budaya kepada murid-murid supaya mereka lebih mengenali budaya dan agama yang ada di Malaysia ini, dan bukan mesyuarat dan agenda yang tiada hala tuju semata-mata” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, terlalu banyak isu dan sentimen agama yang digunakan kebanyakan ahli politik dan menimbulkan salah faham yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Bahkan sebelum ini pernah timbul isu berkenaan cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dicadangkan  Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham.

Berkenaan kenyataan itu, ramai pihak tidak berpuas hati dan menjustifikasikan tindakan itu tidak berasas sama sekali.

Tambah Kok Seong, kurangnya pergaulan antara masyarakat berbilang kaum dan agama menjadikan kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi belum memahami budaya dan kepercayaan agama lain menjadikan rasa percaya sukar untuk dipupuk.

“Apa-apa pun perlu balik semula kepada didikan masa kecil atau dibangku sekolah lagi, untuk isu melibatkan ahli politik, kepercayaan yang kurang menjadikan mereka sukar untuk ada rasa harmoni itu,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik UKM (KITA-UKM), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, jika dilihat melalui pencapaian yang pernah dicapai oleh jawatankuasa ini, masih belum nampak apa kesannya.

“Penentuan agenda dan hala tuju jawatankuasa masih lagi kita tidak nampak, mungkin mereka boleh melaksanakan promosi di peringkat sekolah, universiti dan komuniti sebab kita memang belum dengar lagi sebarang kegiatan,” katanya.

HARMONI diwujudkan pada 2020 dianggotai 30 ahli terdiri daripada tiga wakil kerajaan, 10 wakil agama Islam, masing-masing empat wakil agama Buddha dan Kristian, serta masing-masing dua wakil agama Hindu dan Taoisme.

Turut serta seorang wakil agama Sikh, agama Baha’i dan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Sarawak.

Jawatankuasa tersebut diwujudkan bagi menggantikan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang diwujudkan pada 2010 dan berakhir pada 31 Dis 2019. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya