Hari keluarga waris Tok Kamis meriah - Utusan Malaysia

Hari keluarga waris Tok Kamis meriah

ANGGOTA keluarga waris Tok Kamis bergambar kenangan sempena program hari keluarga di Kampung Wang Belimbing, Jalan Sri Kota, Kangar, Perlis, hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lebih 50 anggota keluarga waris Tok Kamis mengadakan hari keluarga dalam suasana penuh kekeluargaan yang bertujuan mengekalkan hubungan silatulrahim di Kampung Wang Belimbing, Jalan Sri Kota di sini hari ini.

Pelbagai pengisian menarik diadakan sempena program yang berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari itu seperti aktiviti sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah, kenduri kesyukuran dan pelbagai lagi acara lain.

Pengerusi program, Nor Shakila Rahim dan Shaiful Akmar Arizan memaklumkan program berkenaan dirancang sejak dua minggu lalu yang akhirnya direalisasikan dengan menghimpunkan seluruh ahli keluarga.

Mereka memaklumkan, perjumpaan tersebut kali pertama diadakan bagi mengeratkan hubungan silatulrahim keluarga besar ini.

“Kita merancang mengadakan lagi perhimpunan keluarga seperti ini dengan pelbagai lagi pengisian menarik.

“Objektif utama adalah bagi menghimpunkan seluruh ahli keluarga seterusnya mengeratkan hubungan silatulrahim dalam kalangan ahli keluarga,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya