Hamil anak teman lelaki, pelajar kolej buat laporan palsu dirogol

Hamil anak teman lelaki, pelajar kolej buat laporan palsu dirogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Gara-gara cemas hamil lima minggu hasil persetubuhan haram dengan teman lelaki, seorang pelajar sebuah kolej di negeri ini membuat laporan di Balai Polis Batu Kikir mendakwa  dirinya dirogol.

Bagaimanapun, cubaan pelajar berusia 20 tahun untuk menipu itu memakan diri apabila polis mengesan cerita berkenaan hanyalah rekaan sebaliknya pelajar itu bimbang hasil kandungan haramnya itu diketahui keluarga.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, selepas menerima laporan pukul 5,30 pagi tadi, polis menjalankan siasatan iaitu dakwaan dirogol dalam kejadian pada pukul 6.15 petang semalam di Kampung Serting Ilir.

“Pelajar perempuan berkenaan mendakwa rumahnya dimasuki oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan memakai pakaian warna hitam dan memakai pelitup muka. Kemudian suspek (pelajar perempuan) dibawa masuk ke dalam bilik tidur dan merogol suspek. 

“Suspek mengatakan air mani dipancut di luar. Hasil keterangan yang diberikan dapati mencurigakan. Pihak forensik yang menjalankan pemeriksaan lanjut tidak menjumpai spesimen atau cecair air mani di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook, suspek dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan suspek tidak mengalami kecederaan dan telah mengandung lima minggu.

“Pemeriksaan pada telefon suspek dapati terdapat perbualan diantara suspek dengan teman lelaki selepas laporan polis dibuat. Hasil perbualan tersebut dapati terdapat perbualan yang mencurigakan dan disyaki laporan polis yang dibuat oleh suspek adalah tidak benar. 

“Soal siasat lanjut terhadap suspek mengaku laporan polis yang dibuat adalah tidak benar dan rekaan semata-mata,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan, denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya