Hairan anak sakit teruk hanya ubat demam di Hospital Tuaran

Hairan anak sakit teruk hanya diberi ubat demam sebelum meninggal dunia

WILFRED Madius Tangau semasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Aidil@Erjuand Christian di Tuaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Sebuah keluarga di sini hairan dengan tindak doktor di Hospital Tuaran yang hanya memberi ubat demam meskipun mendakawa anaknya mengalami sakit teruk dan akhjirnya meninggal dunia.

Sebanyak tiga kali berturut-turut keluarga mangsa membawa anak mereka iaitu Aidil@Erjuand Christian yang mengalami demam ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan namun, pihak hospital menyatakan Erjuand tidak mengalami sakit teruk dan hanya diberikan ubat demam dan ubat gastrik.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang berkongsi kisah keluarga ini menerusi laman Facebook berkata, berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa, Erjuand mengalami demam dan dibawa ke Hospital Tuaran bermula pada pertengahan bulan Disember.

Namun, anaknya dibenarkan pulang dan hanya diberi ubat demam kerana dikatakan tidak mengalami sakit teruk. Walau bagaimanapun, Erjuand masih demam dan dibawa sekali lagi ke Hospital Tuaran pada 25 Disember dan hanya diberi ubat gastrik sebelum dibenarkan pulang.

“Selepas itu, demam Erjuand masih belum sembuh dan keluarga membawanya ke Hospital Tuaran untuk kali ketiga pada 28 Disember.

“Pada masa ini, Erjuand ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya kerana mengalami pendarahan pada gusi.

“Selepas pemeriksaan dilakukan di HQE, doktor memaklumkan Erjuand mengalami denggi berdarah dan dalam keadaan yang sangat kritikal, Kemudian, Erjuand disahkan meninggal dunia pada hari yang sama,” katanya.

Di Hospital Tuaran, tiada sebarang pemeriksaan darah dilakukan bagi mengesan apa sebenarnya sakit dialami oleh pesakit.

Menurut beliau, kisah keluarga ini amat menyedihkan kerana kehilangan anggota keluarga akibat perkhidmatan hospital yang tidak efisien.

Madius berkata, soal nyawa manusia bukan perkara yang boleh dimainkan begitu sahaja.

Katanya, sebelum ini, beliau sudah menyuarakan tentang kebimbangan mengenai kekurangan doktor pakar dan kekurangan peralatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk mengesan penyakit di Hospital Tuaran.

Namun, apabila isu itu dibangkitkan, ada pihak menyatakan beliau tidak senang dengan perkhidmatan doktor di Hospital Tuaran.

“Saya ingin melihat Hospital Tuaran menjadi hospital pakar dan mempunyai doktor pakar serta dilengkapi dengan peralatan bagi mengesan penyakit,” katanya.

Justeru, beliau memohon Kementerian Kesihatan mengambil maklum kekurangan yang berlaku di Hospital Tuaran agar perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan dan tiada nyawa pesakit lain akan melayang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya