Guna nama ‘Baby’, peserta hampir dimarahi guna nama tidak profesional

Guna nama ‘Baby’, peserta hampir dimarahi guna nama tidak profesional

TANGKAP layar perkongsian oleh Nina Othman di Facebook yang tular di aplikasi X.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mempunyai nama unik Baby Girl membuatkan seorang peserta program keusahawanan hampir dimarahi kerana penggunaan nama tidak profesional sebagai pengenalan diri.

Menurut perkongsian Nina Othman di akaun Facebook miliknya, dia telah memberi peringatan kepada para peserta untuk menggunakan nama yang profesional sebagai pengenalan diri apabila bergelar usahawan.

Namun, dia terkejut dengan pengenalan seorang peserta dengan nama Baby sehingga hampir menimbulkan kemarahannya kerana tidak mengikuti peringatan yang diberi.

Nina yang kemudian bertanyakan nama sebenar wanita berkenaan terus meminta maaf atas salah faham yang timbul.

“Maaf Puan Baby Girl, saya betul-betul minta maaf,” katanya di hantaran Facebook.

Dalam pada itu, hantaran yang tular di aplikasi X itu turut menghiburkan hati warganet yang seakan memahami situasi tersebut.

“Saya pernah kerja company insurans, nama orang jamban ada, sudu ada, kipas ada. Kena habiskan gelak dulu baru call,” tulis @aisukayam.

“Sabah dan Sarawak memang unik nama mereka, tidak nafikan. Comel-comel,” komen @QAMALIA_.

“Untunglah, selamanya jadi baby,” kata @fendimaru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya