PETALING JAYA: Public Health Malaysia (PHM) menyarankan orang ramai untuk mengurangkan pengambilan gula kerana ia memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Menerusi perkongsian di Facebook, PHM secara sinis mengingatkan masyarakat bahawa gula boleh merosakkan badan manusia sepertimana enjin kenderaan.
“Gula tinggi dalam darah dan diabetes tidak terkawal akan menyebabkan berlaku radang dalam saluran darah, kerosakan saraf dan organ tubuh.
“Sepertimana enjin kenderaan boleh rosak apabila ada gula, begitu juga dengan tubuh manusia,” kongsinya.
Sejak semalam, seorang pemilik Perodua Bezza kecewa selepas kenderaannya mengalami kerosakan enjin selepas lapan jam tukar dalam laman media sosial.
Siasatan awal dilaporkan enjin kenderaan itu mempunyai bendasing seperti gula sehingga menyebabkan kerosakan tersebut. – UTUSAN