G&T Hyper Hardware sasar buka enam pusat sehenti - Utusan Malaysia

G&T Hyper Hardware sasar buka enam pusat sehenti

G&T
BERMAWI Bagindo Jaba bersama isteri yang juga pengurus, Nurul Farhana Zainuddin ketika majlis pembukaan kedai perkakas, penjualan barangan khusus bahan binaan dan keperluan pembinaan dekat Sungai Pelong, Sungai Buloh di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: G&T Hyper Hardware Sdn Bhd menyasarkan pembukaan enam pusat sehenti yang menawarkan produk perkakasan, bahan binaan dan perkakasan runcit moden di sekitar Lembah Klang.

Sasaran dalam tempoh lima tahun itu dibuat susulan pelancaran cawangan pertama kedai syarikat milik Bumiputera berkenaan di Batu 16, Sungai Pelong di sini, hari ini.

Pemilik syarikat itu, Bermawi Bagindo Jaba berkata, premis berkeluasan 2,787 meter persegi itu menawarkan lebih 4,000 barangan logam, kayu, jubin dan marmar selain peralatan elektrik, pam air serta keperluan DIY (buat sendiri).

Jelasnya, G&T Hyper Hardware berbeza dengan kedai perkakasan lain kerana menawarkan hampir semua keperluan bagi pengubahsuaian kediaman dalam satu bumbung.

“Sejak beroperasi hujung Disember lalu, ia menerima sambutan positif pelanggan kerana kepelbagaian pilihan produk dan kemudahan yang disediakan.

“Kami menyasarkan pembukaan lima hingga enam lagi cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang yang dianggarkan menelan kos RM10 juta setiap satu,” katanya kepada ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai itu, hari ini.

Pusat sehenti antara terbesar di negara ini itu menggaji hampir 40 kakitangan termasuk pekerja separa mahir selain memiliki enam buah lori bagi kemudahan penghantaran.

Selain itu, kedai berkenaan menawarkan hampir 50 peratus produk keluaran tempatan.

Kata Bermawi, pihaknya yakin perniagaan itu mampu menghasilkan prestasi baik biarpun berdepan kenaikan kos sara hidup dan jangkaan lonjakan inflasi tahun ini.

“Perkakasan disifatkan sebagai satu barangan keperluan kepada pengguna sama seperti barangan makanan. Selain itu, kebanyakkan barangan berkenaan memiliki tempoh hayat lama seperti cat sekali gus mengurangkan risiko kepada peniaga,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat itu sedang giat membangunkan fasa kedua pusat sehenti berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

“Rancangan strategik ini menandakan satu langkah besar ke arah penyenaraian syarikat di ‘Public Listed Company’ pada masa depan. Ia juga mengukuhkan komitmen syarikat terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan dalam industri perkakasan runcit,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya