GRS tolak sebarang cubaan guling kerajaan Persekutuan

GRS tolak sebarang cubaan guling kerajaan Persekutuan

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan pendirian untuk tidak sesekali terlibat dalam sebarang cubaan menggulingkan kerajaan Persekutuan yang hanya akan menyebabkan kekacauan serta menjejaskan kestabilan negara.

Ketua Menteri, yang juga Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Persekutuan sedia ada telah berfungsi dengan baik dan mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri.

“Jadi, tiada keperluan untuk mengubahnya. Maka, kami tidak akan menyokong apa juga gerakan yang akan menggugat kestabilan negara.

“Malaysia mengamalkan demokrasi jadi, siapa yang mahu menjadi Perdana Menteri sepatutnya tunggu sahaja Pilihan Raya Umum (PRU) untuk melihat penerimaan rakyat terhadap mereka,” katanya.

Malah, beliau turut mempersoalkan motif dan niat kumpulan yang melakukan ‘Langkah Dubai’ yang dilihat sekadar ingin memenuhi agenda politik semata-mata tanpa mempedulikan kebajikan rakyat.

Langkah Dubai yang kecoh sejak seminggu ini didakwa telah berjaya mengumpulkan 123 akuan sumpah (SD) daripada ahli Parlimen yang mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar.

Malah difahamkan, SD ahli Parlimen yang diperoleh termasuklah daripada UMNO, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya