Gangguan bekalan air di Besut dijangka pulih esok - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Besut dijangka pulih esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sebanyak 2,670 akaun pengguna di daerah ini yang terkesan dengan gangguan bekalan air sejak awal bulan ini bakal mendapat bekalan air secara berperingkat selepas kerja-kerja pembaikian kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu di sini dijangka siap sepenuhnya esok.

Jurucakap Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn. Bhd. berkata, status terkini kerja-kerja pembaikan dan pemasangan paip tersebut telah mencapai 83 peratus.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 19 Januari iaitu lebih awal daripada tarikh sebenar yang dijangka pada 21 Januari 2024.

“Bagaimanapun SATU akan sentiasa memaklumkan perkembangan semasa melalui saluran media rasmi,” katanya, di sini, hari ini.

Pada 15 Januari lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata kerajaan negeri memberi jaminan masalah gangguan bekalan air melibatkan 11 buah kampung di daerah ini yang berpunca daripada kebocoran tersebut dapat diselesaikan pada 21 Januari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja membaiki kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) yang berlaku sejak 1 Januari lalu sedang giat dijalankan oleh SATU. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya