Gangguan air tamat, pemulihan bekalan capai 100 peratus - Utusan Malaysia

Gangguan air tamat, pemulihan bekalan capai 100 peratus

PBAPP memaklumkan status pemulihan bekalan air di Pulau Pinang telah mencapai 100 peratus awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berjaya memulihkan bekalan air kepada keseluruhan pengguna yang terjejas mengikut jadual yang ditetapkan hari ini.
PBAPP memaklumkan, status pemulihan bekalan air keseluruhannya telah mencapai 100 peratus awal pagi tadi.

Menurut PBAPP, bekalan air telah dinormalkan untuk 590,000 pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual yang bermula 10 Januari lalu.

”Status pemulihan bekalan air keseluruhan ialah 100 peratus. Bekalan air telah dinormalkan untuk pengguna yang terjejas,” katanya di sini hari ini.


PBAPP memaklumkan status pemulihan bekalan air di Pulau Pinang telah mencapai 100 peratus awal pagi tadi.

Sejak Rabu lalu, sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual.

Sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima bekalan air selepas 48 jam.

Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

PBAPP berkata, tahap ketiga pemulihan bekalan air membabitkn 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu selesai sepenuhnya pukul 6 pagi tadi.

”Tahap empat pemulihan bekalan air iaitu penyaluran bekalan air kepada baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian pulau telah bermula pada pukul 6 pagi tadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN