Gangguan air: PBAPP selaras mobilisasi 99 lori tangki  - Utusan Malaysia

Gangguan air: PBAPP selaras mobilisasi 99 lori tangki 

K. PATHMANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) akan menyelaraskan mobilisasi 99 lori tangki air untuk menghantar air kepada pengguna terjejas ketika gangguan bekalan air berjadual berlaku minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K Pathmanathan berkata, ia merupakan kumpulan lori tangki air terbesar yang akan digunakan dalam sejarah bekalan air Pulau Pinang.

”Ia termasuk 27 tangki jumbo yang disewa yang boleh menyimpan sehingga 40,000L (liter) air terawat.

”Di samping itu, PBAPP akan menempatkan 19 tangki ‘fleksi gajah’ (24,000L) atau kontena air dan 78 tangki air statik biasa di kawasan yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari tahun depan.

Gangguan tersebut berlaku untuk membolehkan PBAPP menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Menurut Pathmanathan, tangki ‘fleksi gajah’ dan tangki statik yang dipasang oleh PBAPP adalah tambahan kepada tangki air yang ditempatkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen masing-masing.

Ujarnya, semua tangki statik termasuk tangki yang disediakan oleh ADUN dan Ahli Parlimen akan diisi semula secara berkala oleh kumpulan lori tangki air.

“PBAPP merancang membekalkan kira-kira 1.85 juta liter air terawat sehari (JLH) melalui kumpulan tangki air dan tangki statik ketika gangguan air empat hari dari pukul 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi, 14 Januari.

”Pengguna air yang memerlukan bantuan segera untuk mengisi semula tangki air statik kosong boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PBAPP di talian 04-2558255.

“Notifikasi pengguna untuk penggunaan lori tangki air yang lebih pantas adalah sangat dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, kerja-kerja penggantian injap dijadualkan siap dalam 24 jam pertama.

“Baki 72 jam adalah garis masa yang ditetapkan untuk menormalkan atau memulihkan perkhidmatan bekalan air secara berperingkat dengan selamat untuk sejumlah 590,000 pengguna air di Seberang Perai dan pulau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya