Gangguan air berjadual untuk pelaksanaan pelan B bermula

Gangguan air berjadual untuk pelaksanaan pelan B di Pulau Pinang bermula malam esok

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika merasmikan projek linear garden di Padang Kota Lama, George Town, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kira-kira 120,000 pengguna di daerah Barat Daya, Pulau Pinang serta sebahagian pengguna di Timur Laut mempunyai masa sehingga 11.30 malam esok bagi menyimpan air secukupnya.

Ia untuk membolehkan pengguna menghadapi gangguan air berjadual yang dijangka berlangsung antara 24 hingga 48 jam bermula esok bagi pelaksanaan pelan B (kerja-kerja pengalihan saluran paip di Sungai Perai) dijalankan sepenuhnya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerima permohonan daripada pengguna untuk memberikan tempoh secukupnya bagi membolehkan mereka dapat menyimpan air dengan secukupnya.

”Ada permintaan untuk pengguna diberikan masa yang mencukupi bagi mereka menyimpan air, maka kita memutuskan penangguhan kerja-kerja paip sambungan itu pada 11.30 malam, esok dan bukannya pada malam ini.

“Kami berharap pengguna terkesan dapat menyimpan air bagi menghadapi gangguan bekalan air berjadual apabila kerja-kerja fizikal bagi pelan B dijalankan,” katanya selepas merasmikan projek linear garden di Padang Kota Lama, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kon Yeow berkata, PBAPP melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak iaitu melibatkan plan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350mm.

Kon Yeow berkata, pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai yang bocor.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, kerja-kerja fizikal untuk mengalihkan saluran paip di Sungai Perai dijangka mengambil masa selama 16 jam dan akan siap pada pukul 2 petang, Rabu ini.

”Air dapat disalurkan seperti biasa yang akan ambil masa antara 24 hingga 48 jam, dan akan ada kawasan lebih 48 jam (kawasan tinggi dan hujung saluran paip),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau berharap kerja-kerja fizikal melibatkan pelan B akan berjalan lancar bagi memastikan pengguna tidak lagi berdepan masalah bekalan air buat tempoh beberapa bulan akan datang sebelum satu projek jangka masa panjang dijalankan di Sungai Perai.

”Projek ini sangat diperlukan dan ia dapat memastikan pengguna dapat bekalan air untuk tempoh beberapa bulan akan datang sebelum projek jangka panjang dilaksanakan.

”Apabila projek jangka panjang ini dilaksanakan, kita berharap tiada lagi isu akan timbul pada masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya