Bekalan air mula disalurkan secara berperingkat di Seberang Perai

Gangguan air: Bekalan mula disalurkan secara berperingkat di Seberang Perai

air
PBAPP menyiapkan semua kerja air yang dirancang di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan 22 lokasi lain di Pulau Pinang lebih awal daripada jadual semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyiapkan semua kerja air yang dirancang di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan 22 lokasi lain lebih awal daripada jadual semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanantan berkata, peringkat satu pelan pemulihan bekalan air bermula dari pukul 11 malam tadi.

”Bekalan air dinormalisasi secara berperingkat hari ini untuk 197,025 pengguna air (33 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas) di Seberang Perai.

”Peringkat satu perlu diselesaikan selewat-lewatnya pukul 6 pagi esok seperti yang dijadualkan,” katanya di sini hari ini.

Bermula semalam sehingga 14 Januari, kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air.

Menurut Pathmanathan, pemulihan peringkat satu tidak terjejas dengan kejadian di Sungai Perai kerana LRA Sungai Dua sedang mengepam air kepada pengguna pemulihan tahap satu melalui saluran paip utama yang lain.

Dalam pada itu, katanya, kerja-kerja sedang dijalankan di Sungai Perai selepas ia tertangguh malam tadi kerana masalah teknikal.

”Salah satu pengapit yang direka khas untuk diletakkan di atas lubang sepanjang 1.35m pada saluran paip tidak dapat dipasang dengan betul.

”Operasi menyelam ditangguhkan dan kren berat dibawa masuk serta digunakan untuk mengangkat pengapit yang tidak sesuai untuk pengubahsuaian di tapak. Ini adalah penyelesaian kejuruteraan terpantas dengan risiko paling rendah untuk kelewatan yang lama,” katanya.

Tambah beliau, pasukan selam komersial dijadualkan mengunci pengapit yang diubah suai pada tempatnya pada saluran paip yang rosak hari ini.

Sementara itu, katanya, peringkat dua dijangka dilaksanakan mulai pukul 6.01 pagi esok yang mana PBAPP menyasarkan untuk menormalkan perkhidmatan bekalan air kepada 495,065 pengguna (84 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas) di Seberang Perai dan bahagian pulau.

“Kejayaan peringkat dua seperti yang dijadualkan bergantung kepada pengoperasian semula bahagian yang rosak pada saluran paip bawah air Sungai Perai.

“PBAPP sedang berusaha keras menyiapkan kerja-kerja pembaikan kecemasan Sungai Perai hari ini. Kami akan terus memberikan maklumat terkini tentang kemajuan kerja,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya