Gangguan air babitkan 120,000 akaun pengguna di Barat Daya

Gangguan air babitkan 120,000 akaun pengguna di Pulau Pinang

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI: Sebanyak 120,000 akaun pengguna Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Daerah Barat Daya akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 16 jam Februari depan susulan kerja lencongan selepas pemasangan dua saluran paip 600 milimeter (mm) di Sungai Perai.

Bagaimanapun, tarikh gangguan bekalan air itu akan diumumkan selepas syor SWSI dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Rabu depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerja pemasangan paip baharu sementara itu sudah mencapai 50 peratus dan dijangkakan siap pada 2 Februari nanti.

Katanya, selepas pemasangan kedua-dua paip itu siap, perlu dilakukan sambungan paip sedia ada kepada paip baharu untuk buat lencongan air dan ia akan melibatkan penutupan injap (valve) di Mee Udang Sungai Dua.

“Ia perlu dilakukan supaya air tidak mengalir sekali gus membolehkan kerja-kerja sambungan ini dapat dilakukan.

“Penutupan injap terbabit dan tempoh pemulihan akan menyebabkan gangguan bekalan air kira-kira dalam tempoh 16 jam di kawasan Daerah Barat Daya,” katanya kepada pemberita selepas memantau kerja pemasangan paip baharu sementara di Taman Bandar Ampang Jajar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi PBAPP berkata, saluran paip sementara itu akan berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan sementara menunggu projek baharu kekal disiapkan.

“Selepas projek kekal ini siap, kita akan tanggalkan kembali paip sementara yang dipasang kerana ia memberi bebanan kepada jambatan Sungai Perai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya