Gambar tersebar cuma penggambaran video, bukan bercinta - Utusan Malaysia

Gambar tersebar cuma penggambaran video, bukan bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Spekulasi pelakon terkenal Korea Selatan, Cha Eun Woo berdua-duaan dengan pelakon Amerika, India Eisley, di sebuah kafe, di sini menerusi sebuah gambar yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.

Perkara itu disahkah pihak agensi pengurusan Eun Woo, Fantagio yang menegaskan gambar berkenaan hanyalah sebahagian rakaman ketika kedua-dua selebriti itu menjalani penggambaran video muzik terbaharu artis Korea berkenaan.

“Sekarang Cha Eun Woo sedang menjalani penggambaran video muzik terbaharunya bersama pelakon India Eisley.

“Video Muzik berkenaan akan mula menemui penonton pada 15 Februari nanti. Ia juga bakal menjadi album solo pertama Eun Woo,” jelas agensi berkenaan dalam kenyataan.

Kenyataan tersebut sekaligus menguburkan gosip percintaan membabitkan anggota kumpulan Astro itu Eisley.

Eisley merupakan anak kepada pelakon terkenal, Olivia Hussey yang mula menempa nama selepas membintangi beberapa naskhah terkenal seperti ‘The Secret Life of the American Teenager’, ‘Look Away’, ‘Underworld: Awakening,’ dan ‘I Am the Night’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya